Saturday, 30 April 2011

KARNIVAL SEMEKAR

Aktiviti  : Karnival SEMEKAR
Tarikh   : 25 - 28 April 2011
Tempat : Puspa Ilmu ,SMK Bandar Rinching


Objektif  :

  1. Menggalakkan pelajar SEMEKAR lebih melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjur oleh pihak sekolah.
  2. Memupuk sikap mencari dan meneroka ilmu melalui aktiviti yang dirancang.
  3. Menjadikan pelajar SEMEKAR lebih inovasi dan aktif dalam kurikulum dan kokurikulum.
Sasaran  :
  1. Semua pelajar SEMEKAR
Pelaksanaan  :
  1. Mengadakan aktiviti Treasure Hunt melibatkan sesetengah pelajar SEMEKAR.
  2. Mengadakan pertandingan penanda buku.
  3. Membuat pertandingan photo 4R.
  4. Mengadakan pameran dan jualan buku.
  5. Pertandingan buku skrap.
Impak  :

Aktiviti ini dapat menambah minat pelajar dan mendedahkan pelajar dengan aktiviti yang manfaat.

Penambahbaikan  :

Sentiasa menjalankan aktiviti seperti agar pelajar lebih terdorong kepada sikap berdaya saing yang sihat dan menambah sikap kerjasama di antara pelajar SEMEKAR.

GAMBAR
TETAMU KARNIVAL SEMEKAR

PERASMIAN KARNIVAL SEMEKAR OLEH PENGETUA CEMERLANG  SEMEKAR

AKTIVITI PELAJAR SEMEKAR

PERSEMBAHAN KOIR PELAJAR SEMEKAR

Monday, 25 April 2011

KEM MOTIVASI PENGAWAS PUSAT SUMBER PUSPA ILMU ,SEMEKAR

Aktiviti  : Kem Motivasi Pengawas PSS
Tarikh   : 23 April 2011
Tempat : Dewan Puspa Budi , SEMEKAR


Objektif  :
  1. Melengkapkan bakal pengawas dengan pelbagai kemahiran dan persediaan mental.
  2. Menarik minat pelajar tingkatan 1 mengunjungi pusat sumber.
Sasaran  :
  1. Semua Pengawas percubaan.
Pelaksanaan :
  1. Mendaftaran murid diadakan di Dewan Puspa Budi.
  2. Aktiviti dikendalikan oleh fasilitator daripada UPM seramai 8 orang.
  3. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik.
  4. Aktiviti berakhir pada pukul 4.30 petang dengan acara penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh En.Salim bin Zainnuddin (PK KEM).
Impak  :

Pengawas lebih memahami dan mengetahui kekuatan dan kelemahan diri dalam menguruskan kehidupan seharian dan tugasan di pss.

Penambahbaikan  :

Perlu kerap diadakan supaya pengawas sentiasa mempunyai komitmen dan jati diri yang positif dalam aktiviti kokurikulum dan kurikulum.

Friday, 8 April 2011

MINGGU PUSAT SUMBER

Aktiviti  : Minggu Pusat Sumber (Promosi Buku Baru)
Tarikh   : 6 April 2011
Tempat : Dataran Cergas, SEMEKAR

Objektif:
Memberitahu para pelajar maklumat terkini buku-buku baru di PSS

Sasaran:
Semua pelajar SEMEKAR

Pelaksanaan:
1. Membuat pengumuman buku-buku baru di tapak perhimpunan
2. Mempamerkan buku-buku baru di PSS
3. Peminjaman buku-buku ulangkaji yang baharu dibenarkan mulai bulan Mei sempena bulan peperiksaan

Impak:
Pelajar mengetahui maklumat-maklumat terkini buku-buku baru di PSS

Penambahbaikan:
Perlu selalu diadakan supaya pelajar mendapat maklumat buku terbaru dan terkini