Sejarah Puspa Ilmu , SEMEKAR
SMK Bandar Rinching mula dibina pada tahun 2003. Bangunan ini mula beroperasi pada 3 Januari 2005. Justeru itu, kemudahan yang ada amat terhad. Namun begitu, sekolah telah menyediakan pusat sumber sekolah. Nama Pusat Sumber Puspa Ilmu telah diilhamkan oleh Pn Hjh Amnah binti Hashim, pengetua SMKBR.
Pusat Sumber Puspa Ilmu telah di tempatkan di aras dua di bangunan pejabat. Di dalam pusat sumber terdapat Bilik Tayang, Bilik Kerja, Bilik BBM, dan Bilik Pustakawan.
Sehingga bulan Mac pusat sumber masih belum beroperasi kerana proses pembelian buku masih dijalankan.
40 orang murid telah dicalonkan sebagai pengawas .Tempoh masa selama sebulan sebagai pengawas percubaan telah melayakkan seramai 30 orang murid dilantik.sebagai pengawas pusat sumber.
Pada 1 April 2005 , pusat sumber telah memulakan operasinya mulai pukul 7.30 pagi sehingga pukul 2.00 petang. Pusat sumber telah diterajui oleh Pn Siti Zubaidah binti Ibrahin sebagai Guru Perpustakaan dan Media sehingga tahun 2008.
Mulai tahun 2009, Pn Rohaidah binti Mohamed telah diamanahkan untuk menguruskan Pusat Sumber Puspa Ilmu. Pertambahan murid seiring dengan penambaikan kemudahan dan prasarana bagi memenuhi keperluan pengguna.
No comments:
Post a Comment