SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR RINCHING
NAMA AKTIVITI: PELANCARAN
PROGRAM NILAM 2012
PELAKSANAAN :
Pelancaran Program NILAM Sedaerah telah diadakan pada 9
Mei 2011. Pelancaran ini melibatkan murid sesi petang ( sesi pagi menduduki peperiksaan
pertengahan tahun.) Dirasmikan oleh En Salim Bin Zainuddin , Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid , di Dewan Puspa Budi, SEMEKAR. Selepas ucapan perasmian , acara
diteruskan dengan nyanyian Lagu NILAM dan tayangan aktiviti PSS sepanjang bulan
Januari – April 2011. Beberapa aktiviti telah dijalankan sempena program ini.
Aktiviti memcatatkan bahan bacaan di dalam buku NILAM telah diadakan di sesi
petang. Cenderahati disediakan bagi murid yang dapat menyiapkan dua catatan pada masa yang ditetapkan. Rakan
Pembaca menyampaikan maklumat tentang buku baharu dan membuat resensi buku.
Selain itu, hadiah misteri bagi murid yang meminjam buku pada 9 – 13 Mei 2011 (
10 peminjam bertuah).
Impak Kepada NILAM:
Menerusi
program ini dapat manarik minat murid dalam aktiviti pusat sumber. Pemberian
cenderahati merupakan tarikan kepada murid. Aktiviti yang dirancang bukan
sahaja menggalakkan minat membaca malahan menjadikan pusat sumber sebagai pusat
kurikulum dan kokurikulum dalam kalangan murid.
Penambahbaikan:
Pemilihan
tarikh program ini perlu disesuaikan dengan takwim sekolah ( peperiksaan)
supaya dapat menggarap lebih banyak aktiviti yang bermanfaat.
No comments:
Post a Comment