Thursday, 12 May 2011

PROGRAM NILAM SEDAERAH 2011


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR RINCHING

NAMA AKTIVITI:PROGRAM NILAM SEDAERAH 2011

PELAKSANAAN :
Pelancaran Program NILAM Sedaerah telah diadakan pada 9 Mei 2011. Pelancaran ini melibatkan murid sesi petang ( sesi pagi menduduki peperiksaan pertengahan tahun.) Dirasmikan oleh En Salim Bin Zainuddin , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid , di Dewan Puspa Budi, SEMEKAR. Selepas ucapan perasmian , acara diteruskan dengan nyanyian Lagu NILAM dan tayangan aktiviti PSS sepanjang bulan Januari – April 2011. Beberapa aktiviti telah dijalankan sempena program ini. Aktiviti memcatatkan bahan bacaan di dalam buku NILAm telah diadakan di sesi petang. Cenderahati disediakan bagi murid yang dapat menyiapkan  dua catatan pada masa yang ditetapkan. Rakan Pembaca menyampaikan maklumat tentang buku baharu dan membuat resensi buku. Selain itu, hadiah misteri bagi murid yang meminjam buku pada 9 – 13 Mei 2011 ( 10 peminjam bertuah).

Impak Kepada NILAM:
Menerusi program ini dapat manarik minat murid dalam aktiviti pusat sumber. Pemberian cenderahati merupakan tarikan kepada murid. Aktiviti yang dirancang bukan sahaja menggalakkan minat membaca malahan menjadikan pusat sumber sebagai pusat kurikulum dan kokurikulum dalam kalangan murid.

Penambahbaikan:
Pemilihan tarikh program ini perlu disesuaikan dengan takwim sekolah ( peperiksaan) supaya dapat menggarap lebih banyak aktiviti yang bermanfaat.

GAMBAR :






Tuesday, 10 May 2011

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

Aktiviti  : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Tarikh   : 30 April 2011
Tempat : PWTC, Kuala Lumpur

Objektif:
1. Murid dapat membuat pembelian buku kerana harga yang lebih rendah dan pilihan yang banyak.
2. Menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan murid.

Sasaran:
Semua murid yang menyertai lawatan ( 80 orang )

Pelaksanaan:
1. Taklimat dijalankan di Dataran Cergas pada pukul 8.30 pagi
2. Semakan kedatangan dan agihan makanan.
3. Pukul 10.00 pagi sampai di PWTC
4. Murid mula bergerak dalam kumpulan untuk sesi lawatan dan berkumpul semula pada pukul 4.00 petang
5. Sampai ke sekolah pada pukul 5.30 petang.

Impak:
1. Dapat membeli bahaan bacaan dengan harga yang lebih rendah
2. Dapat katalog buku untuk jenis buku baru bagi perancangan pembelian tahun depan.

Penambahbaikan:
1. Buat lawatan ke tempat yang berhampiran dengan pesta buku,contoh : Perpustakaan Negara
2. Menambah bilangan peserta yang ingin menyertai lawatan tersebut




HARI USAHAWAN SEMEKAR

Aktiviti :  Hari Usahawan SEMEKAR
Tarikh   :  7 Mei 2011
Tempat :   Dataran Cergas dan Dataran Ilmu, SEMEKAR

Objektif :
  1. Membantu sekolah mendapatkan dana unutk pembangunan prasarana..
  2. Mencari dana untuk pss.
  3. Melatih dan memupuk minat berniaga dalam kalangan murid.

Sasaran:
  1. Semua warga SEMEKAR.

Pelaksanaan:
1.  Persediaan gerai diadakan sehari sebelum jualan. .
2Menghias dan menyusun barangan untuk jualan.
3.   Aktiviti jualan dibantu oleh guru pss dan pengawas bertugas.
4.   Aktiviti tamat pada pukul 1.30 tgh.

Impak :
Menambah dana pss dan membina suasana seronok berniaga.

Penambahbaikan:
Perlu dijadikan acara tahunan dan menjual makanan yang diminati oleh pengunjung.

GAMBAR AKTIVITI :

OWNER OF D'PS BAKERY (GERAI PUSPA ILMU)

MENGHIAS GERAI D'PS BAKERY
WARGA SEMEKAR ... MEMOTONG SAYUR2 UNTUK MEMASAK