Tuesday, 27 September 2011

PEPERIKSAAN BAHASA TAMIL SPM 2011

Aktiviti  : Peperiksaan Bahasa Tamil SPM
Tarikh   : 23 September 2011
Tempat : Pusat Sumber Puspa Ilmu, SEMEKAR

Objektif:
1. Mempelbagaikan penggunaan PSS
2. Murid dapat menjawab peperiksaan dalam suasana yang lebih selesa.

Sasaran:
semua murid yang mengambil Bahasa Tamil untuk peperiksaan SPM

Pelaksanaan:
1. Peperiksaan bermula pada pukul 8.00 - 10.00 pagi untuk kertas 1
2. Peperiksaan diselia oleh En Uthaiya selaku guru Bahasa Tamil
3. Kertas 2 Bahasa Tamil dimulakan pada pukul 11.00 - 12.30 pagi
4. Murid dirahkan menyusun semula kerusi di bilik tayang dan ruang terbuka

Impak:
1. Pusat sumber digunakan untuk pelbagai aktiviti

Penambahbaikan:
1. Pengguna perlu membuat tempahan lebih awal untuk persediaan tempat.
2. Pengurusan pusat sumber perlu cekap dan bersedia untuk menguruskan hal seperti berikut





Para pelajar sedang menjawab soalan

Saturday, 17 September 2011

TAMAN SUMBER

Aktiviti  : Taman Sumber, SEMEKAR
Tarikh   : 14-15 September 2011
Tempat : Taman Sumber, SEMEKAR

Objektif:
 1. Membuat landskap bertema bagi Taman Sumber
 2. Membuat baikpulih pokok-pokok

Sasaran:
 AJK Taman Sumber

Pelaksanaan:
1. Perancangan landskap taman oleh En. Bahador bin Kanis.
2. Membuat anggaran kos baikpulih dan hiasan taman.
3. Membuat kerja-kerja baikpulih pokok dan kawasan taman.
4. Aktiviti seterusnya dijalankan oleh penyelaras taman, Pn Junaini binti Ali dan dibantu oleh Kelab 3K

Impak:
1. Landskap taman semakin menarik dan mempunyai tema Taman Herba.
2. Mempunyai maklumat tentang tumbuhan dan disediakan rujukannya di PSS.

Penambahbaikan:
1. Ketua unit perlu membuat laporan bertulis untuk kelancaran aktiviti seterusnya.
2. Merakamkan semua gambar sebelum dan selepas diubahsuai untuk dokumentasi.
3. Pemantauan yang berterusan daripada pihak pekerja kawasan untuk penyelenggaraan taman tersebut




Tuesday, 13 September 2011

TAKLIMAT PERTANDINGAN PSS PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT

Aktiviti  :  Taklimat Pertandingan PSS Peringkat Daerah Hulu Langat
Tarikh   :  12 September 2011
Tempat :  Pusat Sumber Puspa Ilmu, SEMEKAR

Objektif:

   1. Membentangkan laporan tugasan yang telah dijalankan oleh semua ahli jawatan kuasa kerja
   2. Maklum balas tentang anggaran kos, keperluan dan perancangan aktiviti seterusnya.

Sasaran:

   1. Semua AJK Kerja

Pelaksanaan:

   1. Taklimat dijalankan di pusat sumber pada pukul 1.10 tengah hari.
   2. Membentangkan laporan tugasan unit masing-masing.
   3. Membincangkan masalah yang dihadapi untuk penambahbaikan dan meneruskan aktiviti seterusnya.
   4. Taklimat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Impak:

   1. Mengetahui pencapaian setiap tugasan untuk kelancaran aktiviti.
   2. Membuat penambahbaikan untuk semua tugasan yang menghadapi masalah.

Penambahbaikan:

   1. Ketua setiap unit perlu membuat laporan bertulis untuk kelancaran aktiviti seterusnya.
   2. Merakamkan semua gambar sebelum dan selepasdiubahsuai untuk dokumentasi.

GAMBAR