Thursday, 10 May 2012

LAPORAN PROGRAM NILAM PSS SEMEKAR 2012



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR RINCHING

NAMA AKTIVITI: PELANCARAN PROGRAM NILAM 2012

PELAKSANAAN :
Pelancaran Program NILAM Sedaerah telah diadakan pada 9 Mei 2011. Pelancaran ini melibatkan murid sesi petang ( sesi pagi menduduki peperiksaan pertengahan tahun.) Dirasmikan oleh En Salim Bin Zainuddin , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid , di Dewan Puspa Budi, SEMEKAR. Selepas ucapan perasmian , acara diteruskan dengan nyanyian Lagu NILAM dan tayangan aktiviti PSS sepanjang bulan Januari – April 2011. Beberapa aktiviti telah dijalankan sempena program ini. Aktiviti memcatatkan bahan bacaan di dalam buku NILAM telah diadakan di sesi petang. Cenderahati disediakan bagi murid yang dapat menyiapkan  dua catatan pada masa yang ditetapkan. Rakan Pembaca menyampaikan maklumat tentang buku baharu dan membuat resensi buku. Selain itu, hadiah misteri bagi murid yang meminjam buku pada 9 – 13 Mei 2011 ( 10 peminjam bertuah).

Impak Kepada NILAM:
Menerusi program ini dapat manarik minat murid dalam aktiviti pusat sumber. Pemberian cenderahati merupakan tarikan kepada murid. Aktiviti yang dirancang bukan sahaja menggalakkan minat membaca malahan menjadikan pusat sumber sebagai pusat kurikulum dan kokurikulum dalam kalangan murid. 

Penambahbaikan:
Pemilihan tarikh program ini perlu disesuaikan dengan takwim sekolah ( peperiksaan) supaya dapat menggarap lebih banyak aktiviti yang bermanfaat.



Monday, 7 May 2012

LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PWTC)


Aktiviti : Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa KL
Tarikh   : 5 Mei 2012
Tempat :  PWTC

Objektif :
1.    Murid dapat membeli pelbagai bahan bacaan , buku latihan, rujukan dan mengikut keperluan.

Sasaran:
1.    Pengawas PSS.

Pelaksanaan:
1. Membuat pengumuman tentang lawatan tersebut.
2. Keluarkan borang  penyertaan dan kutip semula surat kebenaran ibu bapa.
3.  Sambutan murid menggalakkan.
4.  Lawatan pada hari Sabtu bermula pada pukul 8.30 pagi hingga pukul 5.30 petang.

Impak :
Pelajar dapat membuat pilihan untuk membeli pelbagai buku.

Kelemahan:
1.   -

Penambahbaikan:
Sambutan daripada pelajar amat menggalakkan  tetapi hanya 44 orang sahaja terlibat.

GMBR :