Tuesday, 10 May 2011

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

Aktiviti  : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Tarikh   : 30 April 2011
Tempat : PWTC, Kuala Lumpur

Objektif:
1. Murid dapat membuat pembelian buku kerana harga yang lebih rendah dan pilihan yang banyak.
2. Menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan murid.

Sasaran:
Semua murid yang menyertai lawatan ( 80 orang )

Pelaksanaan:
1. Taklimat dijalankan di Dataran Cergas pada pukul 8.30 pagi
2. Semakan kedatangan dan agihan makanan.
3. Pukul 10.00 pagi sampai di PWTC
4. Murid mula bergerak dalam kumpulan untuk sesi lawatan dan berkumpul semula pada pukul 4.00 petang
5. Sampai ke sekolah pada pukul 5.30 petang.

Impak:
1. Dapat membeli bahaan bacaan dengan harga yang lebih rendah
2. Dapat katalog buku untuk jenis buku baru bagi perancangan pembelian tahun depan.

Penambahbaikan:
1. Buat lawatan ke tempat yang berhampiran dengan pesta buku,contoh : Perpustakaan Negara
2. Menambah bilangan peserta yang ingin menyertai lawatan tersebut




HARI USAHAWAN SEMEKAR

Aktiviti :  Hari Usahawan SEMEKAR
Tarikh   :  7 Mei 2011
Tempat :   Dataran Cergas dan Dataran Ilmu, SEMEKAR

Objektif :
  1. Membantu sekolah mendapatkan dana unutk pembangunan prasarana..
  2. Mencari dana untuk pss.
  3. Melatih dan memupuk minat berniaga dalam kalangan murid.

Sasaran:
  1. Semua warga SEMEKAR.

Pelaksanaan:
1.  Persediaan gerai diadakan sehari sebelum jualan. .
2Menghias dan menyusun barangan untuk jualan.
3.   Aktiviti jualan dibantu oleh guru pss dan pengawas bertugas.
4.   Aktiviti tamat pada pukul 1.30 tgh.

Impak :
Menambah dana pss dan membina suasana seronok berniaga.

Penambahbaikan:
Perlu dijadikan acara tahunan dan menjual makanan yang diminati oleh pengunjung.

GAMBAR AKTIVITI :

OWNER OF D'PS BAKERY (GERAI PUSPA ILMU)

MENGHIAS GERAI D'PS BAKERY
WARGA SEMEKAR ... MEMOTONG SAYUR2 UNTUK MEMASAK



Saturday, 30 April 2011

KARNIVAL SEMEKAR

Aktiviti  : Karnival SEMEKAR
Tarikh   : 25 - 28 April 2011
Tempat : Puspa Ilmu ,SMK Bandar Rinching


Objektif  :

  1. Menggalakkan pelajar SEMEKAR lebih melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjur oleh pihak sekolah.
  2. Memupuk sikap mencari dan meneroka ilmu melalui aktiviti yang dirancang.
  3. Menjadikan pelajar SEMEKAR lebih inovasi dan aktif dalam kurikulum dan kokurikulum.
Sasaran  :
  1. Semua pelajar SEMEKAR
Pelaksanaan  :
  1. Mengadakan aktiviti Treasure Hunt melibatkan sesetengah pelajar SEMEKAR.
  2. Mengadakan pertandingan penanda buku.
  3. Membuat pertandingan photo 4R.
  4. Mengadakan pameran dan jualan buku.
  5. Pertandingan buku skrap.
Impak  :

Aktiviti ini dapat menambah minat pelajar dan mendedahkan pelajar dengan aktiviti yang manfaat.

Penambahbaikan  :

Sentiasa menjalankan aktiviti seperti agar pelajar lebih terdorong kepada sikap berdaya saing yang sihat dan menambah sikap kerjasama di antara pelajar SEMEKAR.

GAMBAR
TETAMU KARNIVAL SEMEKAR

PERASMIAN KARNIVAL SEMEKAR OLEH PENGETUA CEMERLANG  SEMEKAR

AKTIVITI PELAJAR SEMEKAR

PERSEMBAHAN KOIR PELAJAR SEMEKAR

Monday, 25 April 2011

KEM MOTIVASI PENGAWAS PUSAT SUMBER PUSPA ILMU ,SEMEKAR

Aktiviti  : Kem Motivasi Pengawas PSS
Tarikh   : 23 April 2011
Tempat : Dewan Puspa Budi , SEMEKAR


Objektif  :
  1. Melengkapkan bakal pengawas dengan pelbagai kemahiran dan persediaan mental.
  2. Menarik minat pelajar tingkatan 1 mengunjungi pusat sumber.
Sasaran  :
  1. Semua Pengawas percubaan.
Pelaksanaan :
  1. Mendaftaran murid diadakan di Dewan Puspa Budi.
  2. Aktiviti dikendalikan oleh fasilitator daripada UPM seramai 8 orang.
  3. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik.
  4. Aktiviti berakhir pada pukul 4.30 petang dengan acara penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh En.Salim bin Zainnuddin (PK KEM).
Impak  :

Pengawas lebih memahami dan mengetahui kekuatan dan kelemahan diri dalam menguruskan kehidupan seharian dan tugasan di pss.

Penambahbaikan  :

Perlu kerap diadakan supaya pengawas sentiasa mempunyai komitmen dan jati diri yang positif dalam aktiviti kokurikulum dan kurikulum.

Friday, 8 April 2011

MINGGU PUSAT SUMBER

Aktiviti  : Minggu Pusat Sumber (Promosi Buku Baru)
Tarikh   : 6 April 2011
Tempat : Dataran Cergas, SEMEKAR

Objektif:
Memberitahu para pelajar maklumat terkini buku-buku baru di PSS

Sasaran:
Semua pelajar SEMEKAR

Pelaksanaan:
1. Membuat pengumuman buku-buku baru di tapak perhimpunan
2. Mempamerkan buku-buku baru di PSS
3. Peminjaman buku-buku ulangkaji yang baharu dibenarkan mulai bulan Mei sempena bulan peperiksaan

Impak:
Pelajar mengetahui maklumat-maklumat terkini buku-buku baru di PSS

Penambahbaikan:
Perlu selalu diadakan supaya pelajar mendapat maklumat buku terbaru dan terkini

Thursday, 31 March 2011

PESTA PANTUN ZON SEMENYIH 2011, SEMEKAR



Aktiviti : Pesta Pantun Zon Semenyih
Tarikh   : 29 Mac 2011
Tempat :  Pusat Sumber Puspa Ilmu , SEMEKAR

Objektif :
  1. Mempelbagaikan penggunaan PSS.
  2. Mempromosikan PSS kepada pengunjung danmpost mortem penambaikan.

Sasaran:
  1. Semua warga PSS dan pihak yang terlibat.

Pelaksanaan:
1.Persiapan awal telah dilaksanakan sehari sebelum majlis   bermula.
2.Aktiviti keceriaan dan mengemas PSS diadakan secara gotong royong untuk menyambut tetamu yang hadir.
3.Buku pelawat diedarkan kepada guru pengiring yang hadir.
4.Pertandingan awal dan separuh akhir telah djalankan di ruang terbuka dan bilik tayang.
5.Aktiviti berlangsung sehingga pukul 12.30 tengah hari dan acara 
   akhir diadakan di Dewan Puspa Budi, SEMEKAR.

Impak :Mengetahui kekuatan dan kelemahan pss.Dapat  mempromosikan PSS.

Penambahbaikan:
Membaikki kelemahan dan kekurangan mengikut senarai semak borang pemantauan dan memperkukuhkan lagi kekuatan dan kelebihan yang ada.

Monday, 28 March 2011

GELOMBANG NILAM PUSAT SUMBER PUSPA ILMU SEMEKAR

 
GELOMBANG NILAM

TEMPAT  : DATARAN ILMU SEMEKAR (DATARAN PERHIMPUNAN)
TARIKH   :25 FEB,11 MAC & 25 MAC 2011
AKTIVITI : 25 FEB 2011
                   *Pengenalan Gelombang NILAM.Edaran cara mencatat sinopsis.Edaran Lagu NILAM
                     (Guru bertugas : Pn Rohaidah binti Mohamed & Pn Rozeta binti Bakar)
                  : 11 MAC 2011
                   *Keratan akhbar Bahasa Inggeris
                   *Cara mencatat sinopsis daripada keratan akhbar
                     (Guru bertugas : Pn Noraini binti Mohamad & Pn Masdiah binti Md Sap)
                  : 25 MAC 2011
                   *Penerokaan maklumat
                   *Buku-buku yang ditulis oleh penulis yang hebat/sasterawan Negara/biodata penulis/sinopsis
                     novel-novel karya agung. Contoh : A Samad Said (Salina)
                     (Guru bertugas  : Cik Rozana binti Yunus & En Jamalullail bin Hashim)



                                        
 

Thursday, 24 February 2011

LAWATAN PKG SEMENYIH

Aktiviti  : Lawatan PKG Semenyih
Tarikh   : 22 / 2 / 2011
Tempat : Pusat Sumber Puspa Ilmu ,SEMEKAR


Objektif  :

  1. Memantau pengurusan dan pentadbiran PSS.
  2. Memantau penggunaan ICT dan Program NILAM.
Sasaran  :
  1. PUSPA ILMU ,SEMEKAR
Pelaksanaan  :
  1. Membuat pemantauan ke atas fail-fail pss.
  2. Memantau penggunaan BBM, bahan buku dan bukan buku , Program NILAM dan dokumentasi pss.
  3. Melawat bilik dokumentasi dan bilik ICT.
  4. Merakam foto dalam ruang pss dan bilik dokumentasi.
Impak  :

Pengurusan dan Pentadbiran yang lebih berkesan dan kemas.

Penambahbaikan  :

Kemaskini data dan maklumat serta dokumentasi lengkap pengurusan dan pentadbiran pss.

PENGAWAI PKG & GPM PUSPA ILMU


PENGAWAI PKG MEMANTAU & MERAKAM GAMBAR








Thursday, 3 February 2011

GOTONG-ROYONG KECERIAAN

Aktiviti  : Gotong-royong Keceriaan
Tarikh   : 29 Januari 2011
Tempat : Puspa Ilmu, SEMEKAR


Objektif:
Mengeratkan hubungan para pengawas pusat sumber sesama mereka dan juga guru-guru.

Sasaran:
Semua pengawas pusat sumber

Pelaksanaan:
1. Program dilaksanakan secara berkumpulan
2. Setiap kumpulan dibahagikan kepada tugas-tugas yang berlainan
3. Murid membersihkan ruang-ruang khas berdasarkan tugas yang diberikan di dalam kumpulan

Impak:
Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan mesra sesama pengawas pusat sumber dan mewujudkan sikap bekerjasama

Penambahbaikan:
Perlu diadakan  dengan lebih kerap dan mengikut kesesuaian sekurang-kurangnya 4 kali setahun untuk memantapkan pengurusan dan prasarana PSS

GAMBAR: