Tuesday, 27 September 2011

PEPERIKSAAN BAHASA TAMIL SPM 2011

Aktiviti  : Peperiksaan Bahasa Tamil SPM
Tarikh   : 23 September 2011
Tempat : Pusat Sumber Puspa Ilmu, SEMEKAR

Objektif:
1. Mempelbagaikan penggunaan PSS
2. Murid dapat menjawab peperiksaan dalam suasana yang lebih selesa.

Sasaran:
semua murid yang mengambil Bahasa Tamil untuk peperiksaan SPM

Pelaksanaan:
1. Peperiksaan bermula pada pukul 8.00 - 10.00 pagi untuk kertas 1
2. Peperiksaan diselia oleh En Uthaiya selaku guru Bahasa Tamil
3. Kertas 2 Bahasa Tamil dimulakan pada pukul 11.00 - 12.30 pagi
4. Murid dirahkan menyusun semula kerusi di bilik tayang dan ruang terbuka

Impak:
1. Pusat sumber digunakan untuk pelbagai aktiviti

Penambahbaikan:
1. Pengguna perlu membuat tempahan lebih awal untuk persediaan tempat.
2. Pengurusan pusat sumber perlu cekap dan bersedia untuk menguruskan hal seperti berikut





Para pelajar sedang menjawab soalan

Saturday, 17 September 2011

TAMAN SUMBER

Aktiviti  : Taman Sumber, SEMEKAR
Tarikh   : 14-15 September 2011
Tempat : Taman Sumber, SEMEKAR

Objektif:
 1. Membuat landskap bertema bagi Taman Sumber
 2. Membuat baikpulih pokok-pokok

Sasaran:
 AJK Taman Sumber

Pelaksanaan:
1. Perancangan landskap taman oleh En. Bahador bin Kanis.
2. Membuat anggaran kos baikpulih dan hiasan taman.
3. Membuat kerja-kerja baikpulih pokok dan kawasan taman.
4. Aktiviti seterusnya dijalankan oleh penyelaras taman, Pn Junaini binti Ali dan dibantu oleh Kelab 3K

Impak:
1. Landskap taman semakin menarik dan mempunyai tema Taman Herba.
2. Mempunyai maklumat tentang tumbuhan dan disediakan rujukannya di PSS.

Penambahbaikan:
1. Ketua unit perlu membuat laporan bertulis untuk kelancaran aktiviti seterusnya.
2. Merakamkan semua gambar sebelum dan selepas diubahsuai untuk dokumentasi.
3. Pemantauan yang berterusan daripada pihak pekerja kawasan untuk penyelenggaraan taman tersebut




Tuesday, 13 September 2011

TAKLIMAT PERTANDINGAN PSS PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT

Aktiviti  :  Taklimat Pertandingan PSS Peringkat Daerah Hulu Langat
Tarikh   :  12 September 2011
Tempat :  Pusat Sumber Puspa Ilmu, SEMEKAR

Objektif:

   1. Membentangkan laporan tugasan yang telah dijalankan oleh semua ahli jawatan kuasa kerja
   2. Maklum balas tentang anggaran kos, keperluan dan perancangan aktiviti seterusnya.

Sasaran:

   1. Semua AJK Kerja

Pelaksanaan:

   1. Taklimat dijalankan di pusat sumber pada pukul 1.10 tengah hari.
   2. Membentangkan laporan tugasan unit masing-masing.
   3. Membincangkan masalah yang dihadapi untuk penambahbaikan dan meneruskan aktiviti seterusnya.
   4. Taklimat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Impak:

   1. Mengetahui pencapaian setiap tugasan untuk kelancaran aktiviti.
   2. Membuat penambahbaikan untuk semua tugasan yang menghadapi masalah.

Penambahbaikan:

   1. Ketua setiap unit perlu membuat laporan bertulis untuk kelancaran aktiviti seterusnya.
   2. Merakamkan semua gambar sebelum dan selepasdiubahsuai untuk dokumentasi.

GAMBAR



Wednesday, 31 August 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-54 ,PUSPA ILMU SEMEKAR


Tahun ini tema hari kemerdekaan adalah ”1 Malaysia : Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera”. Sambutan hari kebangsaan pada 31 ogos 2011 nanti adalah yang ke – 54.Tapi berbeza sebelumnya, hari kebangsaan 2011 ini akan diadakan pada 16 september iaitu serentak dengan Hari Malaysia. Fokus utama sambutan hari kebangsaan 2011 ini adalah pada pengibaran jalur gemilang pada premis dan bangunan supaya semua orang dapat menghayati erti kemerdekaan.

Tuesday, 30 August 2011

UCAPAN HARI RAYA PUSPA ILMU ,SEMEKAR


Cincin disarung hati berdebar 
Jaringan lembut wajah terhias 
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Puspa Ilmu,SEMEKAR menyusun kata 
Tutur peri yang aulia 
Maaf bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia 

Saturday, 20 August 2011

BULAN PATRIOTIK

Aktiviti  : Bulan Patriotik ( Pameran )
Tarikh   : 15 Ogos - 16 September 2011
Tempat : Puspa Ilmu, SEMEKAR

Objektif:

  1. Menanam rasa cinta akan tanah air dalam kalangan pelajar.
  2. Mengingatkan para pelajar tentang jasa pejuang-pejuang terdahulu.
  3. Mengetengahkan bakat murid dalam menghasilakan kolam.
  4. Memperkenalkan muurid kepada permainan tradisional.

Sasaran:

Semua pelajar dan warga SEMEKAR.

Pelaksanaan:

  1. Mengadakan kuiz kemerdekaan.
  2. Pusat Sumber mengadakan pameran buku tentang tokoh-tokoh sejarah dan tanahair serta peristiwa 
      Bukit Kepong.
  3. Mengadakan permaianan tradisional seperti congkak dan batu seremban kepada pengunjung.
  4. Pertandingan mencipta kolam bertemakan 1 Malaysia.
  5. Memasang lagu-lagu patriotik di PSS.

Impak:

Pelajar mengetahui lebih banyak maklumat mengenai sejarah kemerdekaan dan perjuangan para pejuang.

Penambahbaikan:

Penyertaan pelajar perlu dipertingkatkan dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik dan bermaklumat.

Friday, 29 July 2011

PEMANTAUAN ULBS BM/BI/GEO/SEJ/B.ARAB , PUSPA ILMU SEMEKAR

Aktiviti  : Pemantauan ULBS BM/BI/GEO/SEJ/B.ARAB
Tarikh   : 6 - 26 Julai 2011
Tempat : Puspa Ilmu ,SEMEKAR


Objektif  :

  1. Mentaksiran ULBS BM/BI/GEO/SEJ/B.ARAB.

Sasaran  :
  1.  Murid Tingkatan 3.

Pelaksanaan  :
  1. lawatan oleh ketua pentaksir kawasan mengikut matapelajaran.(GEO 14 julai dan SEJ 18 julai).
  2. memeriksa fail dan ujian lisan mengikut subjek Bahasa Melayu ( 6 julai), Bahasa Inggeris (13 julai) dan Bahasa Arab (25 julai).

Impak  :
  1. Kepelbagaian penggunaan Puspa Ilmu.
  2. Menambah aktiviti Puspa Ilmu 2011.
  3. Promosi Puspa Ilmu kepada pelawat.

Penambahbaikan  :

Pengendalian prasarana yang kondusif dan ceria.




Friday, 1 July 2011

LAWATAN WAKIL BTP ,PUSPA ILMU SEMEKAR

Aktiviti : Lawatan Wakil BTP
Tarikh  : 1 Julai 2011 
Tempat:  Puspa Ilmu , SEMEKAR\


Objektif  : 

  1. memantau penggunaan peralatan ICT , ASTRO dan BBM (cd KPM/BTP)
  2. memeriksa fail stok dan inventori
Sasaran  :
  1. Puspa Ilmu ,SEMEKAR

Pelaksanaan  :
  1. lawatan oleh BTP dan PKG Semenyih bagi memantau penggunaan peralatan ICT , ASTRO dan BBM (cd KPM/BTP)
  2. memeriksa fail stok dan inventori.

Impak  :
  1. mengetahui info terkini tentang teknologi ICT dan P&P.
  2. merekodkan semua penggunaan peralatan ICT dan BBM secara berpusat.

Penambahbaikan  :

Pengurusan rekod penggunaan yang lebih baik untuk memudahkan proses pemantauan.


GAMBAR  :

WAKIL BTP 

PERBINCANGAN ANTARA GPM PUSPA ILMU  , PUAN PENGETUA  & WAKIL BTP

MEMERIKSA FAIL STOK & INVENTORI PUSPA ILMU

WAKIL BTP MEMBERI CADAGAN KEPADA GPM PUSPA ILMU

PUAN PENGETUA SEMEKAR & GPM PUSPA ILMU SEMEKAR

Thursday, 12 May 2011

PROGRAM NILAM SEDAERAH 2011


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR RINCHING

NAMA AKTIVITI:PROGRAM NILAM SEDAERAH 2011

PELAKSANAAN :
Pelancaran Program NILAM Sedaerah telah diadakan pada 9 Mei 2011. Pelancaran ini melibatkan murid sesi petang ( sesi pagi menduduki peperiksaan pertengahan tahun.) Dirasmikan oleh En Salim Bin Zainuddin , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid , di Dewan Puspa Budi, SEMEKAR. Selepas ucapan perasmian , acara diteruskan dengan nyanyian Lagu NILAM dan tayangan aktiviti PSS sepanjang bulan Januari – April 2011. Beberapa aktiviti telah dijalankan sempena program ini. Aktiviti memcatatkan bahan bacaan di dalam buku NILAm telah diadakan di sesi petang. Cenderahati disediakan bagi murid yang dapat menyiapkan  dua catatan pada masa yang ditetapkan. Rakan Pembaca menyampaikan maklumat tentang buku baharu dan membuat resensi buku. Selain itu, hadiah misteri bagi murid yang meminjam buku pada 9 – 13 Mei 2011 ( 10 peminjam bertuah).

Impak Kepada NILAM:
Menerusi program ini dapat manarik minat murid dalam aktiviti pusat sumber. Pemberian cenderahati merupakan tarikan kepada murid. Aktiviti yang dirancang bukan sahaja menggalakkan minat membaca malahan menjadikan pusat sumber sebagai pusat kurikulum dan kokurikulum dalam kalangan murid.

Penambahbaikan:
Pemilihan tarikh program ini perlu disesuaikan dengan takwim sekolah ( peperiksaan) supaya dapat menggarap lebih banyak aktiviti yang bermanfaat.

GAMBAR :