Wednesday, 8 February 2012

GELOMBANG NILAM 2012 (SESI PAGI)


Aktiviti  : Program Gelombang NILAM 2012 (sesi pagi)
Tarikh   : 3 Feb 2012
Tempat :  Dataran Ilmu, SEMEKAR

Objektif :
1. Menjalankan pelbagai aktiviti untuk warga sekolah.
2. Meningkatkan jumlah bacaan murid.
3. Menggalakkan aktiviti bacaan NILAM dengan pengiktirafan NILAM tahap Jauhari.

Sasaran :
1. Murid tingkatan 5

Pelaksanaan:
1. Program dikendalikan oleh Pn Rozeta bt Bakar, Pn Rohaidah bt Mohamed, GKMP dan guru tingkatan 5.
2. Murid dikehendakki mengemaskini buku dan kad prestasi NILAM.
3. Murid diwajibkan membeli buku NILAM semasa aktiviti dijalankan.
4. Aktiviti membaca dan mencatatkan maklumat di dalam buku NILAM dipantau oleh guru mata pelajaran..
5. Guru dan ketua tingkatan membuat semakan buku dan kad NILAM mengikut senarai nama .
6. Guru tingkatan menandatangani buku NILAM.

Impak :
1. Dapat menambah jumlah bacaan di dalam buku NILAM.
2. Menarik minat murid untuk menambah bacaan NILAM .
3. Penglibatan lebih ramai murid melalui aktiviti NILAM .

Kekuatan:
1. Kerjasama semua guru dan pengawas yang cukup baik.
2. Bahan edaran yang mencukupi untuk murid.
3. Aktiviti yang dianjurkan oleh guru menarik minat murid.

Kelemahan :
1. Terdapat murid yang tidak mempunyai buku dan kad prestasi NILAM.
2. Murid kurang berminat untuk mencatatkan bahan bacaan yang dibaca.

Penambahbaikan:
1. Kawalan disiplin yang lebih baik.
2. Memastikan guru yang ada memberikan komitmen yang baik.
3. Semua guru perlu memahami dan mengetahui bagaimana hendak mengendalikan aktiviti NILAM bukan bergantung kepada guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja.
4. Komitmen guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta semua warga sekolah amat diperlukan untuk menjayakan program NILAM.




No comments:

Post a Comment