Friday, 13 January 2012

GELOMBANG NILAM 2012 (SESI PETANG)


Aktiviti : Program Gelombang NILAM 2012(Sesi petang)
Tarikh   : Mengikut jadual guru ganti
Tempat :  Pusat Sumber, dan Dewan Puspa Budi  SEMEKAR

Objektif :
1.Menjalankan pelbagai aktiviti untuk warga sekolah.
2.Meningkatkan jumlah bacaan murid.
3.Menggalakkan aktiviti bacaan NILAM dengan pengiktirafan NILAM tahap Jauhari.

Pelaksanaan:
1.Program dikendalikan oleh guru ganti dibantu oleh Pn Rodiah bt Hussin, Pn Normalisa bt Abdol dan Pn Noraini bt Ismail.
2.Murid diberi edaran lagu NILAM dan contoh penulisan buku NILAM.
3.Murid perlu menampal Lagu NILAM di dalam buku NILAM.
4.Murid dikehendaki menyalin contoh penulisan buku NILAM.
5.Aktiviti membaca dan mencatatkan maklumat di dalam buku NILAM dipantau oleh guru mata pelajaran.

Impak :
1.Dapat menambah jumlah bacaan di dalam buku NILAM.
2.Menarik minat murid untuk menambah bacaan NILAM .
3.Penglibatan lebih ramai murid melalui aktiviti NILAM .
4.Memanfaatkan masa bagi menampung guru yang tidak mencukupi di sesi petang.

Kekuatan:
1. Kerjasama semua guru dan pengawas yang cukup baik.
2. Bahan edaran yang mencukupi untuk murid.
3. Aktiviti yang dianjurkan oleh guru menarik minat murid.

Kelemahan :
1.Terdapat murid yang tidak mempunyai buku NILAM.
2.Guru yang tidak mencukupi menyukarkan aktiviti yang dijalankan kerana kawalan disiplin yang kuirang mantap.

Penambahbaikan:
1.Kawalan disiplin yang lebih baik.
2.Memastikan guru yang ada memberikan komitmen yang baik.
3.Semua guru perlu memahami dan mengetahui bagaimana hendak mengendalikan aktiviti NILAM bukan bergantung kepada guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja.
4.Komitmen guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta semua warga sekolah amat diperlukan untuk menjayakan program NILAM.




No comments:

Post a Comment